Saturday, August 21, 2010

Amalan DIET TANPA LAPAR di bulan RAMADAHAN


Ramadhan sudah tiba. Bagaimana dgn rutin SD2 saya? Artikel ini saya ambil dari nota En Kamarul Nordin, pakar pemakanan Slim Diet 2.

Sejak kebelakangan ini saya kerap menerima soalan tentang cara-cara mengambil SD2 semasa menjalani puasa disiang hari. Walaupun belum masuk bulan Ramadhan, maka telah ramai memulakan kewajipan berpuasa samada berpuasa sunat, puasa ganti atau puasa Rejab, Syaaban dan terus puasa Ramadhan.Apabila kita berpuasa, maka ada beberapa pantang semasa berdiet SD2 yang perlu kita perhatikan.

Pantang SD2 yang pertama adalah jangan berlapar atau tidak mengambil apa-apa makanan lebih dari 6 jam sewaktu kita jaga. Namun begitu kita masih boleh berdiet dan mengambil SD2 sambil berpuasa kerana kewajipan berpuasa adalah lebih penting cumanya metabolisma kita menjadi perlahan sedikit dari biasa tetapi berat kita masih boleh turun. Apabila kita sudah berbuka nanti makanlah dengan kenyang tetapi tetap tidak mengambil karbohidrat dan gula serta minumlah air yang banyak untuk menggantikan air yang hilang sewaktu siang.Perkara atau syarat yang lebih penting untuk kita perhatikan sewaktu berpuasa adalah kita mestilah memakan cukup protien semasa berdiet. Cukup protien disini bermaksud kita masih perlu memakan 2 skup sebanyak 4 kali sehari apabila kita telah berbuka. Maka bolehlah buat penyesuaian pada waktu malam tentang jarak memakan SD2 sebanyak 4 kali itu mengikut jadual masing-masing. Contohnya: 1 kali waktu sahur, 1 kali waktu berbuka, 1 kali selepas makan malam dan 1 kali lagi sebelum tidur.

Saya sangat menekankan perkara ini kerana sekiranya anda berdiet dan berat badan anda masih turun tetapi anda tidak memakan cukup protien maka ini akan meninggalkan kesan yang tidak elok pada badan anda. Kesan yang pertama adalah apabila anda turun berat badan nanti maka kulit ada tidak cukup tegang, kendur dan nampak cengkung. Sekiranya cukup memakan protien maka kulit anda akan nampak lebih tegang, tidak kendur, sihat serta warna kulit sepatutnya nampak lebih cantik. Kesan kedua adalah apabila tidak cukup memakan protien maka apabila anda turun berat badan, tisu badan atau lean mass anda tidak dilindungi dan jika anda berhenti berdiet nanti maka lemak akan lebih cepat terkumpul dan anda akan mengalami kesan berat naik mendadak seperti program diet yang memakan ubat-ubat diet yang ada dipasaran. Sekiranya tisu badan atau lean mass anda dilindungi dengan memakan protien yang cukup maka anda tidak akan mengalami masalah berat naik mendadak ini.

Itu sebabnya saya tidak menggalakkan samada alasan anda berpuasa atau malas atau akal terlalu bijak hendak menjimatkan duit maka anda tidak mengambil SD2 seperti yang sepatutnya iaitu 2 skup 4 kali sehari. Sekiranya anda hanya ingin menjalani fasa pengekalan atau maintenance, maka tidak perlu mengambil SD2 tetapi cuma menjaga kadar karbohidrat yang anda boleh ambil atau dipanggil Critical Carbohydrate Level of Maintainence (CCLM) yang selalunya lebihkurang 100g sehari. Tetapi apabila anda masih mengambil SD2, maka makanlah cara yang betul supaya anda tidak mengalami kesan sampingan yang tidak baik yang saya ceritakan sebelum ini.

Semoga puasa anda diberkati disamping beribadah dengan cara yang sihat.

Petikan nota En. Kamarul Nordin

Amalkanlah Memakan Ikan dan lemak Ikan Semasa Ber SD2


Untuk memecahkan pemikiran dan budaya masyarakat yang takut makan lemak, maka saya masih terpanggil lagi menceritakan tetang kebaikan memakan lemak dan khasiat mengamalkannya. Salah satu dari lemak yang baik untuk dimakan adalah lemak ikan.

Ketika anda berdiet SD2, anda boleh memakan berbagai-bagai jenis ikan dan ini adalah salahsatu jenis makanan yang tiada had untuk anda makan ketika berdiet. Selain dari membekalkan sumber protien yang baik, ikan juga membekalkan zat makanan yang lain yang penting untuk fungsi badan. Ikan terdiri dari berbagai jenis "texture" dan rasa dan jika anda tidak suka sesuatu jenis ikan maka anda masih banyak pilihan yang lain untuk dicuba.

Ikan juga berbeza dari jenis khasiat makanan tetapi secara umumnya, semua jenis ikan mengandungi kandungan protien, iron, vitamin B, Vitamin E, A dan K. Tetapi mungkin yang lebih penting adalah ikan yang berlemak adalah satu sumber bekalan zat asid lemak omega-3.

Omega-3 adalah sejenis asid lemak yang diperlukan badan dan maksud diperlukan disini adalah badan kita sangat memerlukannya tetapi badan kita tidak boleh menghasilkannya sendiri. Omega-3 juga boleh didapati dari minyak canola, walnut, kacang soya, minyak flaxseed dan ikan, tetapi omega-3 yang terdapat dari minyak ikan adalah lebih istimewa kerana ia berhasil untuk melindungi badan dari penyakit salur nadi koronari.

Ini adalah senarai ikan yang disukai ramai dan berapakah jumpa gram omega-3 (berdasarkan dari 6-once yang dimasak, melainkan di tandakan selainnya):

Atlantic Salmon, diternak 3.7g
Atlantic Salmon, liar 3.1g
Sardine (3 ounces) 2.8g
Herring, disalai (3 ounces) 1.8g
Ikan Todak (Swordfish) 1.4g
Omega-3 juga boleh didapati dari ikan tuna, mackerel, belut dan cod.


By : Kamarul Nordin

Adakah Memakan Banyak Daging, Butter dan Cheese Semasa Berdiet SDII Akan Meninggikan Kolesterol?


INFO SIHAT:

Sebenarnya, apa yang berlaku adalah disebaliknya. Kebanyakan orang yang mengambil pemakanan rendah karbohidrat telah mengalami keadaan LDL yang menurun, yaitu kolesterol jahat yang menyebabkan pengumpulan plaque pada salur darah dan juga penambahan HDL, yaitu kolesterol baik yang diperlukan untuk melindungi jantung kita.

Dan kebanyakan orang yang melakukan diet rendah karbohidrat akan menghadapi penurunan kandungan triglycerides (sejenis lemak didalam darah) yang cepat. Jika kita menjalani diet rendah lemak atau low fat sahaja (selalunya masih mengambil karbohidrat yang tinggi) maka ini tidak sangat membantu kerana kandungan triglycerides akan meningkat dan HDL akan menurun dan ini adalah berlawanan dari apa yang kita perlukan.

Banyak kajian telah menunjukkan bahawa apabila kita mengalami keadaan triglycerides yang tinggi dan HDL yang rendah adalah petunjuk yang pasti yang kita akan menghadapi penyakit jantung dan stroke. Kajian juga telah menunjukkan diet rendah karbohidrat boleh mengurangkan risiko penyakit jantung.

Diet Rendah Karbohidrat Mengurangkan Kolesterol Jahat Dan Risiko Penyakit Jantung

### Inilah cara diet SD2 yg betul.


Adakah SDII program diet yang berprotien tinggi dan ia akan menyebabkan sakit buah pinggang dan masalah liver?

Satu lagi soalan yang sangat popular yang saya selalu ditanya adalah apabila orang ramai mengatakan bahawa cara diet yang memakan rendah karbohidrat ini adalah tidak sihat kerana ia akan merosakkan hati dan buah pinggang. Kadangkala soalan ini datang dari mereka yang terlibat didalam industri kesihatan itu sendiri.

Saya sangat tertarik kerana apabila mereka bertanya soalan seperti ini akan tetapi kenapa pula mereka tidak bertanya budaya cara memakan karbohidrat berlebihan selama bertahun-tahun itu adakah satu cara pemakanan yang sihat atau tidak ? Adakah mereka faham bahawa kerana terlampau memakan karbohidrat berlebihan selama bertahun-tahun itu menyebabkan gula berlebihan didalam darah mereka serta badan sentiasa mengumpulkan lemak yang mengakibatkan risiko penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi dan stroke ? Adakah cara memakan karbohidrat berlebihan itu lebih baik dari cara kita berdiet untuk mengurangkan memakan karbohidrat buat sementara waktu fasa berdiet sahaja ? Jika anda faham permasalahan ini dengan betul maka anda senyum sahajalah kepada doktor anda yang tidak faham itu.

Perkara pertama yang perlu kita faham bahawa cara program diet SD2 bukanlah cara pemakanan berprotien tinggi tetapi terma yang lebih tepat adalah pemakanan yang rendah karbohidrat. Kedua-dua ini mempunyai makna yang jauh berbeza. Kita kena faham bahawa kita mengurangkan pemakanan berkarbohidrat berlebihan ini hanyalah dalam waktu tempoh yang singkat dalam fasa berdiet sahaja. Namun begitu kita masih mengambil karbohidrat sehingga had yang dibolehkan, memakan protien secukupnya seperti yang disarankan pakar pemakanan, memakan sayuran, memakan asid lemak yang baik serta meminum air yang cukup. Apabila kita sudah mendapat berat yang kita idamkan maka kita boleh merubah kembali cara pemakanan yang mengambil lebih sedikit karbohidrat tetapi tidak lagi kembali pada cara pemakanan yang lama dengan mengambil karbohidrat secara berlebihan. Pada tahap ini anda kena faham bagaimana cara pemakanan fasa mengekalkan berat badan.

Perkara yang kedua yang perlu kita faham bahawa cara pemakanan diet SD2 ini bukanlah apa yang mereka katakan memakan makanan protien yang tinggi. Yang paling tepat adalah kita memakan makanan yang rendah karbohidrat tetapi protien yang kita ambil tidaklah berlebihan. Adakah anda tahu bahawa seorang lelaki yang berumur 25 tahun keatas perlu memakan sekurang-kurangnya 63 gram protien sehari dan perempuan yang berumur 25 tahun keatas perlu memakan 50 gram protien sehari sebagai keperluan protien yang cukup untuk kehidupan harian. Source: Food and Nutrition Board, National Research Council, National Academy of Sciences, 10th ed 1989, National Academy. Press: Washington, DC. Apabila kita memakan SD2 sebanyak 2 skup 4 kali sehari maka kita mengambil lebihkurang 41.2 gram protien sehari. Yang selebihnya protien dari makanan dan ini tidaklah berlebihan juga. Adakah ini yang dikatakan cara makanan berprotien tinggi ? Anda boleh beri senyuman yang kedua kepada doktor anda tadi.

Setakat ini , masih tidak ada kajian yang kukuh menunjukkan bahawa cara pemakanan sebegini mendatangkan masalah kepada buah pinggang dan liver kepada orang-orang yang sihat. Beberapa kajian yang telah saya jumpa yang telah dibuat oleh Atkins menyatakan bahawa tidak ada sebarang kesan yang tidak baik berlaku kepada mereka-mereka yang terlibat didalam kajian pemakanan terkawal rendah karbohidrat samada jangka pendek atau tempoh jangka panjang.

Namun begitu, individu yang telah memang mengalami masalah buah pinggang yang teruk dan terpaksa mengawal setiap pemakanan mereka termasuk juga mengawal meminum air, maka cara diet sebegini memanglah tidak sesuai untuk mereka. Sekiranya anda sakit, maka langkah yang baik adalah pulihkan sakit anda dahulu kemudian barulah berdiet. Ambillah kolostrum Alphalipid atau herba Cordyceps jika anda ingin membaikpulih atau menguatkan buah pinggang anda. Sekiranya anda mempunyai masalah "sluggish atau heaty" liver maka cubalah herba Dandelion dan ambillah herba Milk Thistle jika anda ada masalah "toxic" liver sebagai sumplement tambahan.

By : Kamarul Nordin

Cegah GASTRIK dengan ALPHA LIPID LIFELINE



SESEORANG yang menghidap penyakit GASTRIK atau dalam istilah perubatan disebut ‘Penyakit Peptik Ulser’, sering mengalami pedih ulu hati.Ia kerap berlaku dalam keadaan perut yang kosong, terutama pada waktu lewat malam atau awal pagi.

Kepedihan yang dialami oleh penghidap penyakit peptik ulser ini berbeza, tetapi berada dalam lingkungan sakit sedikit hingga kepada sakit yang teruk berdasarkan tahap penyakit yang dihidapi. Biasanya, apabila rasa pedih ulu hati menyerang, kebanyakan pesakit akan segera makan atau meminum sesuatu seperti susu atau makanan lain untuk melegakan kepedihan ini.

Seperti yang dikatakan, apabila muntah kita akan berasa lega. Sebenarnya, muntah juga membantu untuk melegakan rasa kepedihan.

Selain pedih ulu hati, kadangkala pesakit gastrik berasa sebu pada bahagian atas perut. Mereka juga sering mengalami jeluak dan sedawa. Ada juga kes yang dikategorikan sebagai teruk, pesakit akan buang air besar cair.

Penyakit peptik ulser adalah sekumpulan penyakit yang disebabkan oleh asid di dalam sistem penghadaman perut. Ia merangkumi penyakit ‘Duodenal ulser’, ‘Gastric ulser’ dan ‘Refluks Oesophagitis’.

Ia berpunca daripada asid yang merosakkan dinding perut. Sebahagian daripada pesakit gastrik ini mempunyai kuman ‘Helicobacter pylori’ dalam perut mereka, yang bertindak melemahkan ketahanan dinding perut daripada ancaman asid.

Komplikasi yang mungkin berlaku kepada pesakit peptik ulser atau gastrik termasuklah pendarahan, kebocoran dinding perut dan stenosis iaitu perut sumbat. Semua komplikasi ini dikategorikan sebagai teruk dan boleh mengancam nyawa.

Sekiranya seseorang itu mempunyai tanda penyakit gastrik boleh lah mencuba produk Alpha Lipid untuk mengurang pedih perut anda.

Ada juga yang tak kenal lagi dengan produk ALPHA LIPID, maka saya pekenalkan dalam blog saya ini, semua golongan boleh minum dari bayi hingga lah ke orang tua. SIHAT sepanjang masa. InsyaALLAH...


Hubungi kami untuk maklumat lanjut dan untuk tempahan: 019-299 8559 / 019-259 8559

Promosi Keahlian Percuma


Jangan lepaskan peluang ini. Anda masih berkesempatan untuk menjadi ahli dengan PERCUMA!!

Call sekarang untuk pertanyaan dan tempahan: 019-299 8559 / 019-259 8559